Monday, May 21

DalJa's Spring

Winamp playin' Starlight by Muse


Tatau la kenapa, semenjak dua menjak ni aku suka layan cite korea yang mana perempuan dia lagi tua dari yang lelaki. Contohnye cite My Lovely Samsoon and Foxy Lady. Dan yang paling latest, cite ni la. DalJa's Spring. Menarik cite ni, jadi bagi sesape yang suka kisah chenta cam ni sila la nengok. Kalau nak tau sinopsis cerita, pergi la ke d-addicts (ade link kat belah kiri blog ni). Malas nak taip sebenanye. Muhahaha :P

Tapi... buleh la nak citer sket. Oh DalJa (lakonan Chae Rim) seorang career woman yang berumur 33 tahun. Agak konservatif dalam berchenta. Tapi bila orang yang dia suka pegi carik pompuan lain, dia pun melakukan sesuatu yang agak drastik - membayar Kang TaeBong (Lee MinKi) untuk belakon menjadi boipren dia - dalam keadaan Dalja ni mabuk! Bila Dalja sedar, dia tak leh nak buat ape lagik sebab duit dah transfer. Jadi nak tanak kena la dia belakon. Dah tu, kalau dah cite korea, lama kelamaan jadi la suka. Pastu jadi lah chenta. Satu je yang tak beh, TaeBong ni muda dari Dalja 6 tahun! (Even dalam realiti tuh..) So mak bapak diorang pun memula bantah. Mak DalJa bantah sebab budak tu muda sangat, pastu tak de keje tetap. Parents TaeBong tu bantah sebab perbezaan umur. Sekali bila DalJa berjaya membuat TaeBong keje balik kat law firm yang terkemuka (dia berenti keje lawyer kejap sebab satu insiden malang), parents diorang pun re-consider. Tapi bila parents TaeBong dah bagi green light untuk berkawin, DalJa plak mintak break (at that time dia tak tau pun dah dapat green light). Sebabnye dia dah penat dah menunggu chenta (or to be exact, perkataan "Aku cintakan kau" dari mulut TaeBong - kan daku dah cakap dia ni konservatif..) dan tak mau tunggu lagi dah. Tapi, since cite ni happy ending, last2 diorang dapat bersama jugak. The end.

Cite ni banyak jugak scene lawak - lawak comel, lawak bangang, lawak sewel, dan juga lawak romantik. Jadi sepanjang aku nengok cite ni tak rase boring langsung. Yang membezakan cite ni ngan cite SamSoon & Foxy Lady ialah DalJa & TaeBong buleh kawin in the end - both sides punye parents setuju. Siap buat perjumpaan formal lak tu - macam meminang la. And then cite ni pun ade banyak gambar selingan yang cantik (for me lah) seperti yang berikut:


Ade lagi sebenanye... tapi tak leh nak capture sebab terlindung dengan credit.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: