Monday, January 26

Torn between blogging and testos...

... you know the results already. yeah i'm doing this blog lar whut else? like always, monday bores me. but this time not to death since

--> i got bonnie pink, core of soul, AKFG, orenji renji, little by little, shiina ringo, bienda, B'z, akeboshi, mr children and toshiro matsuda in my hands winamp

--> plans were made this morning... just waiting to be implemented

--> mr run is not at the table beside me, giving me a bit sense of freedom today (yalor tak de la terasa overshadowed)

--> got a good joke from a friend... really made my day

--> read naruto epi 201 yesterday.. seronot!!!

guess that's all.

currently playing Globe-Anytime Smoking Cigarette

oh yeh. dah tuka nama kat frenster. kalau nak carik, na wa Tsunade Godaime-Hokage. suka ngan tsunade walaupun susu dia besar sangat. one of the legendary three nins, and the grandaughter of Chodaime-sama. eventho dia suka gambling, but then tu tak jadi masalah. power tuh pompuan tu, buleh membelah tanah sekali hentak je. dah le lawa (might be, but from the manga she seems to be), kleber plak, pastu medic ninja plak... perghh :P~ tak kisah la dia unlucky ngan gambling ke ape... muehehehe :D n i dun think ade org lain yg berminat ngan dia sebab she's 50!!!

currently playing Mr Children-Tenohira

tadi ade la surf mencarik lirik Core of Soul. Tak jumpa la lirik tu tapi. tapinye jumpa plak blog someone ni.. budak mmu. pemalas tul gi kelas. muahahha. graphical interface blog dia mmg bagus. aku rase dia amek ms or mis kot. jearous jugak nengok interface gempak cam tu. nak buat tapi
-> malas;
-> takde masa;
-> tak pandai;
-> rasa tak pueh hati sebab tak siapkan webbie 79babies.
tapi tabik la ngan dia. cun woo... bekground gamba hyde. tapi saje la tanak link kan dari sini. maleh. buat promosi percuma pulak ahahaha. kalau dapat duik takpe jugak. of if she's a fren of mine pun takpe.

currently playing Mr Children-Surrender

hah! beh sungguh dapat jugak mengkontinue bleach... kat irc la tapi. pastu chapter 6 tak lengkap... tensi :( ye la nak tau kesudahan ichi lawan ishi. camne kan. camne diorang leh baik ke ape ke. tuptup dah rukia kena tangkap. huuu sideh sideh. ha lagi satu ari tu duk membrowse la tu web yang ade torrent anime tu kan, jumpa la sekolah detektif Q. tapi takde seed. huuu nak seed.. buleh la nak dl. teringin sangat nak dl Q. huhuhu. pastu semalam baca lagi tu budak getah. huuu nak tau sekarang ni ape jadik... huuu

currently playing TBG-Tsumetai Hana

ape lagi nak taip ni? nak komen citer rabun kah? emm buleh jugak. for me la kan, cite tu memang layak menang awards yg diorang dpt tu... especially kalau dr outsiders. taaapiii mentaliti melayu ni masih lemah, susah nak terima jalan citer dan lakon layar yg macam ni. i bet kalau org yg rajin baca buku ilmiah sure buleh terima. yasmin ahmad yg selalu buat iklan tu la direktor. kata yasmin (taken from http://www.torinofilmfest.org/ENG/dbonline.php?ID=6420):
“One could think that I shot Rabun in a boring way, without moving the camera and using a theatrical perspective. The reason is that since it was my first time directing, I was curious to see if the emotion of a scene could be effective without using close-ups, shots or reverse shots and rapid editing cuts”
ulasan yang aku kire baik ade kat web ni http://afundi.diaryland.com/rabun.html sinopsis pulak:

-------------------
Ulasan filem 'Rabun' oleh Zulhabri Supian (edited)

Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan pasangan suami isteri, Pak Atan (M. Rajoli) dan Mak Inom (Kartina Aziz) yang baru sahaja pencen dan hidup dengan penuh kasih sayang dan juga keanehan seperti suka bermain dan berlawak seperti kanak-kanak yang jarang terdapat pada orang lain. Suatu hari, Pak Atan dan Mak Inom yang tinggal di bandar bersama anak perempuannya mendapat peluang untuk berpindah ke rumah yang diwarisi daripada bapanya di kampungnya. Walaupun begitu, mereka tidak akan menetap di situ sebaliknya hanya akan berada di situ ketika di hujung minggu.

Pak Atan dan Mak Inom ini mempunyai satu tabiat yang buruk iaitu suka untuk menilai orang pada luarannya dan antaranya adalah anggapannya bahawa orang di kampung itu baik-baik belaka dan yang hodoh serta buruk itu adalah milik orang bandar. Yem, anak lelaki Kak Nor yang juga jiran Mak Inom adalah seorang lelaki yang pendiam dan ini membuatkan Mak Inom menganggapnya seorang lelaki yang baik. Malangnya pada suatu hari, segala tembelang Yem pecah jua akhirnya apabila lelaki Cina yang diupah oleh Mak Inom untuk membuat lantai simen di hadapan rumahnya memberitahu Mak Inom kos yang sebenarnya ialah RM1000 bukannya RM2000 seperti yang diberitahu Yem. Selepas kejadian itu, Mak Inom telah tidak akan mempercayai seseorang itu sepenuhnya dan membuat penilaian secara semborono.

Rabun ini, walaupun seperti yang dikatakan Yasmin, bukanlah filem yang ingin membicarakan tentang isu, sebaliknya hanya filem yang ingin memaparkan tentang kehidupan manusia, namun terlalu banyak isu yang sebenarnya timbul di permukaan dan juga boleh dikupas lebih jauh lagi. Di antara isu yang menarik untuk diperbahaskan adalah seperti sifat menunjuk-nunjuk, hasad dengki, permasalahan minda orang kampung dan juga pemuda kampung, pemikiran sempit dan stereotaip serta perpaduan.

Namun sebagai filem pertama arahannya, saya sebagai audien biasa merasakan buah tangan sulungnya ini amat bernilai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat dan saya tidak sabar-sabar untuk membaca komen dan ulasan daripada pengkritik filem, wartawan hiburan terutamanya Gosip Kelip-Kelip dan Siti Jarum, orang-orang filem terutama sekali Yusof Haslam dan juga khalayak umum.

Apa yang menarik sekali sebenarnya mengenai Rabun ini ialah ia berdasarkan kisah benar yang terjadi 15 tahun dahulu kepada ibu bapa Yasmin sendiri dan kehadiran ibu bapa Yasmin sendiri pada malam itu mendapat tepukan gemuruh daripada para audien yang kelihatannya begitu seronok dan terhibur dengan telatah Pak Atan dan Mak Inom sepanjang tayangan filem ini. Audien yang juga mewakili gambaran sebenar masyarakat Malaysia pada hari ini membuktikan bahawa filem/telefilem yang menggunakan medium berbahasa Melayu juga mampu untuk menarik perhatian asalkan kandungan dan tema filem itu mempunyai nilai seni dan penceritaan yang baik, apatah lagi jika ianya bermutu tinggi.

-------------------

currently playing Toshiro Masuda-I Said I'm Naruto

sangat setuju dengan ulasan dia. kalau ade vcd i might buy it. untuk koleksi sendiri2 la kan.

emm ni je la for now. sedar tak sedar dah dekat kol 1. muahahahah saba je la aku. leka leka leka. :P nanti kalau bosan2 lagi, sambung balik buat testos. kalau rajin. muahahah

end this wif lil by lil:

current song: The Spirit of This Place, Ah Seishun, Tenohira, Senaka

currently playing song: The Spirit of This Place

current anime character: like always, kakashi-sensei (kyaaaaa~h!!!)

current ninjutsu (forgive me, i'm currently infected by naruto-disease :P): Rasengan. Not in the anime yet. First shown by naruto to tsunade-sama

current manga character: Tsunade-hime-sama

current unnie to oppa: nai nai nai. naaaiiiii~

jyaa~nee!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: