Wednesday, March 31

Blehblehbleh setelah sekian lama...

currently playing Aiyah~! by H.O.T

aluuu.. bertemu kita lagi dalam rancangan mari memasak yay! heh... bosan kan nengok, entry banyak yg macam.. emm.. tak nengok pun takpe. tak menarik semuanya sebab takde bahan ranting dan raving. muahahaha. to tell ya the truth, i was a bit tired tiga empat lima ari ni. nak uruskan adekku nak masuk mrsm mersing sana. alhamdulillah syukur dapat jugak dia masuk sekolah asrama setelah beberapa lama dengki kat abang dia yg dapat masuk sekolah teknik dulu daripada dia. bertolak ke sana hari ahad lagi sebab nak nengok2 dulu tempat tu.. 1st impression agak luas la kawasan sekolah ni, tapi tak le la besar sangat as in banyak bangunan. luas sebab padang... teringat kat sekolah tepi sungai batu tuh.. padang cukup hampeh sampaikan nak sports day pun kena gi booking kat stadium merdeka. heh malas nak citer pasal kawasan sekolah yang dah jadi kepunyaan sekolah lain. berbalik pada mrsm mersing tu, sekolah tu baru lagi, dalam 3 tahun gitu. pokok2 pun kecik. mujur la kelas dekat ngan asrama. sian lak nak jalan jauh2 tongah hari tongah paneh. taaapi slack btul la bilik gosok ngan bilik tv. kecik n slack. malas nak cite slack camne. kesian kat adekku tu yg menggosok dengan bersungguh2 setiap kali. pastu dari bangunan2 ke jalan besar punye la jauh. agaknye camne la kalau nak klua ke pekan. ade bas dalaman agaknye.

oh dah terlajak jauh plak. nak citer ahad tu bermalam kat seri malaysia. guna gomen nye price. dapat bilik atas. tingkat 3. pastu condition bilik tu rase cam.... tak beh. 1stly sebab takde bath tub (heh aku dok berangan nak berendam) pastu tv takleh dapat tv singapore, tv3 pon hampeh. dah tu ekon plak rosak takleh swing. bukan ape, karang sejuk laa adekku yg mengadap ekon tu. lalu aku pon sacrifice (konon). emm ape lagi.. ha fridge pun takleh guna. haprak tul. lemari pon berbau tengit lama tak guna. agaknye sebab gomen nyer price kot. takkan la sebab dah ramai orang. sebab check in pon awal. satu je aku pueh hati. dia nyer katil. beh giloo. baring je terlelap. oh lepas check in dalam kol 6 gitu gi makan kat tepi pantai. dah tu kat pantai tu pulak ade la batu2 refleksologi tu. aku ni pon lepas makan gatai2 la nak jalan kat situ. pijak je...ADUSSSS!!! sakik siot. tapi tahan gak. jalan la sikit lagi. buleh la dalam 5 minit gitu. pastu surrender. pagi esoknye bangun dari tido, terasa macam kena cucuk sana sini kat belakang. sakit gilo. huuuu nyesal jalan kat situ. tapi prinsip aku kalau nak ilangkan sakik kena lawan balik. in this term, jalan lagi la kat batu2 tu. tapiii lepas anta nabilah balik ke kluang plak. derita tul.

currently playing Superman by Lazlo Bane

okeh. sampai la ke next day. hari selasa la. ahad sampai mersing, isnin tido kluang. that makes the day after is tuesday. bangun2 dah tak rase sakik blakang cam the previous day. syukurr... dah tu klua rumah balik kampung. dalam nak sampai ke kampung dekat2 dengan simpang renggam tu dok menyinggah la kejap kat satu gerai ni. makan cendol sementara menunggu omma beli lauk. slurrpp slurpp. dah tu omma pun datang. dia tanye la pokcik jual cendol, sape menang kawasan tu kan. the elecions la ape lagi. pokcik tu pon dengan seronot bercakap (yg mana aku ingat sikit2):

kita ni undi dia.. dia janji air api jalan semua.. tapi air kena bayar, api kena bayar, jalan pun kena bayar.. kita dah undi dia, nak la jugak rasa air api percuma. ni kalau tak bayar pulak kena potong.. diorang ni kena la buat check and balance (tatau the real word) kan..

bla bla yada yada. as for i'm not that into politics, the rest of his speech is history. aku nengok pokcik tu, maybe awal namplohan.

masuk keter. omma diam. pastu dia cakap, betul jugak kan pokcik tu cakap. patut dah macam ni, kasi la kelonggaran lebih2 lagi orang kampung ni. pastu pandai plak pakcik tu cakap chack and balance. modern la pokcik ni. aku sengeh saje.

currently playing Anytime Smokin' Cigarette by globe

heh.. oh ye pagi sebelom balik kampong nengok mhi jap. what? budak namblas tahun kena belasah senior sampai maut? gilo ko apo budak2 ni. dah tu 14 lawan 1 plak. dah belasah tu siap tukarkan baju pastu humban balik kat toilet. nak nunjuk konon budak tu cedera jatuh toilet. tapi tuhan tu maha besar, takkan la budak jatuh toilet buleh pecah usus hati semua. ha hambek kao semua kena reman. sebab belasah pulak: budak fomfor tu tak kasi pinjam cerek yg dia baru beli kat senior2 tu. ya Allah, ape la nak jadi ngan bebdak sekarang. takat cerek orang tak mo kasi pinjam tu dah la, ni nak belasah orang sampai cam tu sekali. yg bangang tu pulak, bebdak tu semua sekolah agama. apekeneraka hah?! bak kata ally iskandar yg comel cam hamster tu, "14 lawan 1 tu pengecut". betul pe. seketika tu aku teringat kat kezen aku yg kat seremban tu, farid ngan nabilah. jangan la diorang kena teruk sampai macam tu sekali. mintak2 selamat la semua.

ok dah pasal tu. balik dari kampung plak, tetibe ade macam burung lalu depan keter. dah tu teringat la masa gi jengka ari tu. balik dari rumah anis la to be exact. aku pelik la at that particular time, nape ika brenti tetiba. nak kata ade bumper, takkan la brenti lama. dah la takde keter kat depan. maklomlah aku dok belakang taim tu, tu yg tertanya2 tu. dah tu bila nengok. oh ayam lintas jalan. eh eh, mak ayam tu.. macam polis trafik lak. dia jaga anak dia lintas jalan. comel!!! kawaiii desu ne~! teringat lak kat pakcik yg jaga zebra crossing depan sekolah ampang dulu masa kecik2. pakcik arumugam gaknye nama dia. ade lagi tu sampai sekarang. hihihihi

currently playing Baby Baby by Take

heh okeh la. penat dah menaip. mamai dah ni. karang silap2 salah taip plak. last apdet: aku jumpa moero attack nye vt! yay!!! nanti bleh aku buat mp3 lagu dia. sukaa sukaa. nanti2 aku letak link nak dl kat tidbits and souvenir section sebelah ni. lagi satu gi sini http://ninjaburger.com/fun/games/ninjaname/ untuk mendapatkan nama ninja anda. as for me, mine's Tachikawa Nishimura/Kawatari Tsuchiya muhehehe :P wokeh ciao!!

p/s masih nak gelak teringat niki nye blog pasal penyu yang ajaib. heh. :D

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: