Friday, March 25

Hari Ini Saya Cuti.

Winamp playin' Ee Boo Nee Kka by Shinnago

Hari ini saya cuti. Saya suka bila cuti sebab saya boleh tido sasuke hati. Saya juga boleh pegi tengok wayang sasuke hati sebab tak ramai orang tengok wayang pada hari saya cuti. Saya juga boleh layan vcd macam orang gilak sasuke hati. Saya juga boleh melalak dan berjoget sasuke hati di rumah kerana tiada orang di rumah selain saya pada hari saya cuti. Saya cuti kerana orang di UK pun cuti. Saya cuti ikut cuti orang UK. HarHarHar.

Walaupun hari ini saya cuti, saya akan ke PCFair pada hari yang ramai orang, iaitu hari terakhir. Kalau saya tak pergi PCFair pun, saya pergi jalan2 buang masa. Tapi daripada jalan2 buang masa, baik saya habihkan letrik di rumah dengan menonton vcd yang sudah lama di beli tetapi belom ditonton. Kerana pada pendapatan saya, kalau nak beli mp3 player untuk adek saya yang tersesat di Mersing sana, PCFair akan datang ni pon boleh beli. Lagi pon dia sudah ade pemain keset bergerak, cukup la tu.

Hari esok ibu dan ayah saya akan ke luar stesyen. Maka secara rasminya saya boleh berhibernasi sasuke hati, alang2 tengah bejot ni. Dengan berhibernasi, maka saya pun boleh menjimatkan tenaga letrik. Tapi saya tidak boleh tidak di atas talian langsung dalam satu hari. Jadi perancangan untuk menjimatkan tenaga letrik perlu dikaji semula. Lagipun pada malam esok, Sabtu 26 Mac, akan ditayangkan ceritera Star Wars Episode I di salah satu saluran televisyen percuma. Jadi perancangan untuk berhibernasi juga perlu dikaji semula.

Itu saja kisah percutian saya pada hujung minggu ini. Terima kasih kerana membaca.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: