Thursday, September 29

Benci Tau.

In the mood for Running Man

Sekarang ni nak mengadu pasal seorang rakan sekerja, yang juga suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang. Rakan sekerja ini, namanya N, seorang yang cantik dan baik... tetapi juga suka mengambil kesempatan. Atau secara tepatnya, suka menyusahkan orang lain dan menyenangkan diri sendiri sahaja.

Sebab ini post mengumpat, jika awak tidak mahu baca, silalah ke post yang lain.

Si N, lelakinya kerja di pejabat sebuah lagi di Kuala Lumpur. Jadi asal hujung minggu sahaja, lelakinya akan mengambilnya dari opis sini untuk bersama-sama di hujung minggu.

Si E, seorang lagi rakan sekerja saya, berceritakan pada saya tadi yang lelaki si N ini agak kedeks. Hari tu pergi karoks, pada mulanya kata boleh nak bayar rm50. Diberinya rm30 sahaja pula kemudian. Tak tau la si N ini terasa hati atau tidak.

Jadi berbalik kepada cerita si N. Tiba-tiba sahaja petang tadi dia berkata kepada saya yang dia akan masuk pada shif yang sama dengan saya keesokan hari dan juga Jumaat. Saya sudah terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Elok sahaja selepas itu dia pun berkata, "Agaks2 esok drive x?"

Di sini saya mengulang fikiran pada suatu masa beberapa bulan dahulu, si E berkata yang si N ni, sudah lah menumpang, mintak singgah sana sini, mahu singgah ke opis lelakinya, tiba-tiba bila dah sepelaung jauhnya dari opis lelakinya dia kata, "Eh, tak payah la. Nanti jumpa jugak." Sudahlah si E mahu cepat, si N pula membuatnya begitu. Ada juga babak kurang hajar dalam perjalanan itu, tapi itu cerita lain.

Jadi bila si N kata begitu, saya pun cakap lah, "Malas nak drive... jauh."

Kemudian dia kata, "Camtu esok org masuk 3-12 ah. Folo naik bas ampang."

Saya pun balas, "Ha ok la tu. Suh lelaki ko amek kat ampang point pun takpe. Bukan jauh pun."

Dia pun berkata, "Kalu dropkan kt KL site? huhuhu"

Makcik agak dah. Tetapi oleh kerana ni kali pertama, makcik ok kan saja. Harap2 kali kedua akan berselang beberapa minggu.

Saya bukan apa. Kalau dia seorang yang saya tiada rasa menyampah, saya tak kisah (kot). Tetapi akibat kisah kad Maybank dan kisah kurang hajar, terus saya benci. Oklah benci itu terlalu kasar, tukar kepada menyampah.

Saya juga tak sukakan lelakinya... mungkin lelakinya yang kata mai datang opis KL je terus mintak la sesape hantar. Ambil sendiri tak mahu. Tapi tak suka saya bukan setakat itu, malah melangkau andromeda. Tapi cukuplah tahu saya benci sebab kedeks itu.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: