Friday, September 2

Some thoughts before i go to sleep

(Ya Allah payohnye nak menaip ni on the ipad sambil baring. Budak ni pulak tak pakai spellcheck/dictionary... So tak de autocorrect la pulak...)

Semalam semasa pulang semula ke opis, lupa pulak nak bawak telekung. Oleh kerana telekung tu belum basuh pun, so rasenye malas pulak nak bawak hari ni. Jadi sebelum tutup lampu tadi mencarik la telekung kaler brown yang adik Wafi belikan masa dia pergi Bandung dulu.

Bila dah letak siap2 atas meja mekap, tiba2 terfikir sesuatu.

Telekung dipakai bukankah untuk menutup aurat semasa membuat ibadah? Kalau nak beribadah, bukankah mahu khusyuk? Jadi apekah point untuk memakai telekung kaler-kaler? Apakah juga motif buat telekung kaler-kaler ni? Adakah untuk menarik perhatian fashionista untuk beribadah? 

Apakah perlu pedulik khusyuk sendiri tanpa pedulik orang lain pun nak khusyuk jugak?

Ada sekali tu di surau ofis, seseorang ni pakai telekung yang labuh sampai tapak kaki kaler merah. Gile distracting. Terasa macam ada makhluk paranormal yang berdiri kat situ.

Cantik memang cantik kak. Tapi... Kalau sampai orang lain tak khyusuk tu...

Sekarang berbalik kepada teleks yg adik Wafi belikan ni. Dilema pulak. Kena solat time tak ramai la kot. Dan kena pulak duk kat baris saf belakang. Kalau depan takut distract kot. Tapi kalau belakang pun takut distract jugak. 

Ke aku sorang je yang rasa sebegini?

Bawak je la kan. Kalau rase conscious nanti, pakai la yg wakaf surau punye.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

No comments: