Winamp playin' Let's Get Retarded by Black-Eyed Peas
WARNING: entry ni ade elemen perasan. jangan baca kalau tak larat.
jumaat baru ni ade citer mission impossible 2 kat tv3. alah citer tom cruise tu blakon. tak nengok pun citer tu sebenanye sebab nengok charmed selang seli ngan malaysian idol, pastu nengok vcd please teach me english lakonan jang hyuk ngan lee na young. menarik gak citer jang hyuk ni. kalau nak tau nengok la sendiri :P
anyhows bukan nak cakap pasal jang hyuk nih... but TC. teringat ni masa nengok cite mission impossible 2 ni la. teringat taim kat mmu dulu, bila aku ngan sham sebut TC je orang ingat Tom Cruise, padahal TC for me means Telinga Capang :D
aku tatau la camne aku buleh tertarik kat orang yg telinga capang ni. yg menariknye bila dah minat lama baru perasan dia telinga capang (TC la, lembut sket bunyinyer muhehehe). heh. camne tu camne. tell me cos i dunno.
the first budak tc yg aku minat, masa tu kat tadika. yang ni baru je pasan dia tc, sebab nengok gambar2 lama last month. budak ni memang manis muka dia.. kalau tak de tc pun memang sweet gitu. budak ni aku suka gitu2 je la.. suka as in sokmo nak main polis sentry ngan dia, main kejar2, main follow the leader, dan segala2 permainan budak tadika yang unisex. sekarang ni aku tatau whereabouts dia. lantak la. nama pon tak ingat dah. muehehehe :P
the 2nd, masa darjah 4. actually tak sengaja minat sebab ade la sorang budak jantan member dia ni suka la sakat aku ngan mamat ni. memula tak bape paham la kenapa nak sakat aku ngan budak tu sebab dah la aku tak kenal, kelas lain plak tu, tapi masa darjah 5 baru la macam eheheh segan gitu. nama dia elwani ke ape. ayu kan nama? tapi memang kiut... macam hwan ho group fly to the sky tu. uuu kiuttt.. dah la kulit putih gebu (taim tu la), naik bas sekolah pun sama.. hihihi :P
masa darjah 5 ade kena sakat ngan budak sekelas pulak. budak baru masuk sekolah aku taim tu. tc jugak ni. cam si elwani gak; putih, gebu, kacak, tinggi for his age... ni muka melayu la. mata je sepet. nama dia fariq (hahaha amek korang semua kawan2 sekolah rendahku muahahahaha), sama darjah 5 ngan 6. yang mahal tu, ade tahi lalat kat bibir atas. sebelah mana, tak ingat. tapi pernah la aku sampai mimpi malam. kat sekolah agama pun ade gak minat. nama dia sani. muhahaha :P dah jadi milik orang plak. tapi yg aku tak pueh hati tu, awek dia (aku kenal) main kayu 3 plak bila mamat tu kat obersi. geram!
dah tu, masa darjah 5 kot, aku ade ikut program baka by prof azman wan chik (now dato' gaknye tak ingat aku). minat jugak kat sorang ni sebab taim tu aku rase dia nye english baaaiiikk gilo. dah tu ade lawak2 pulak tu. nama? heh takleh taip sini. latest news aku dapat, dia dah pun selamat jadi laki orang bulan lepas. takpe la. asal ko bahagia cukup.
seterusnye masa darjah 6, sorang lagi budak baru masuk. ni memula aku anggap dia rival utama sebab dia je buleh beat aku dalam maths ngan alam dan manusia ngan english. asyik nak gaduhh je. nama dia? panggil ray je la. muka sebijik cam apek. bukan apek senario tu, apek chinese la. mula terasa minat kat dia bila satu hari tu aku bawak gambar badrul muhayat gi kelas, pastu letak spek kat gambar tu. sebijik!!!! dan dan tu jugak aku minat dia. tapi diam2 je la, sebab still rivals. masa form 1 ade kasi surat, tapi dia balas balik dengan bunyi sungguh belagak. lalu.. dah tak minat. muhahaha.
tapi bila f3 dia kontek balik. maklomlah nak peksa besar kan. lantas hati pon berbunga2 chenta balik. at the same time, adek sorang budak tc ni pon masuk sekolah aku. dah tu cakap budak tu kemsalam kat aku balik (adusssssssss teringat aku penah kasi surat kat budak tu masa darjah 5 ke 6 tah).. berbunga2 lagi.. adehdehdehdeh sabar je aku. dan tetiber saje aku terglemer haram kejap. (and azreen, i dun think u know about this sebab kejap je glemer tu muahahaha :P)
abaikan taim sekolah menengah dah. pejam celik pejam celik, masuk la ppp/itm shah alam. masa ni baru aku perasan semua budak yang aku minat dulu2 semua tc. sebab masa tu tengah ade ceramah ape tah. aku tunjuk la kat neni budak yg aku suka benoo nengok sepanjang orientation week. pastu dia cakap, "yg telinga capang tu ke?".. heh heh :P one thing's for sure, mamat ni la the 1st tc yg pernah buat aku tak lalu makan, tak lena tido. first crush yang gilo2 babeng punye, sampai hampir2 nak declare. bila teringat dia je, rasa sedih. huuu :(
masuk mmu plak. masa 2nd year ni, jumpa lagi yg tc. masa tu kelas ngan dia. sham pun tau aku minat gila2 ngan dia ni. start dari mamat ni la aku guna shortform tc, sampai orang lain pun bleh confuse aku ni minat "sape yg layak dipanggil tom cruise nih?" iuheiaoheaihaie :P takpe la.. tapi bila dah masuk 3rd yr dah tak minat dah. sesia je minat dia ni. dah la tak lawak. nerd plak tu. harap muka je kacak. eii ramai tau minat mamat ni. latest news: dah ade awek dan nak bertunang dah. heh.
itu je la nak cite pasal kaitan tc ngan aku. muhehehehe :P
lenkali citer chinese look pulak bila tatau nak apdet ape tapi nak apdet gak. ni ade kaitan ngan keturunan tau. muahaha :P
oh ye, there'll be a guest blogger who'd be blogging on and off in the near future. let's welcome her!
ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy>
No comments:
Post a Comment