Friday, September 25

Shopping List for Tonight

In the mood for The Leader by GD, CL, & Teddy
shopping_list
Color by COLOURlovers

B4 anything, saje la nak kasitau.. my team diberi green light oleh #2 untuk balik kul 11 pada hari Jumaat. Kebetulan Tesco dekat rumahku buka sampai kul 1 pada hari Jumaat. Jadi bermakna lepas balik kerja ni boleh la nak membuat soping sikit2 hahahahaha serunduts! At least ade la jugak merasa bersoping lepas kerja :D

So... what do I plan to buy tonight?

1. Sabun basuh baju Breeze yang cecair clear itu. Saya suka sabun Breeze yang cecair clear itu. Bauannya harummm, cuciannya berseh. I loike.

2. Kanji penggosok baju. Mungkin jenama yang logo dia ade burung kiwi tuh. Ape tah nama mende alah tu. Ni nak kena beli baru nih... sebab yang baru beli hari tu tah kat mana hilangnye selepas mengemas2 bilik adek2ku. Tensi tul, pagi2 raya tak beh, terpaksa pakai tudung degil yang herot. At least kalau sembur kanji tu ade la terasa cam senang nak dibentuk kan. Well.

3. Baju berlengan panjang berwarna hitam. Set2 yang pakai kat belah dalam tuh. Ade sebenanye selai kat rumah, tapi pendek sangat kalau nak dipakai dengan baju makcik yang jarang itu. Kalau duduk pasti nampak spentot dibelakang. Taaapii... malam ni mungkin pergi nengok2 saje sebab dah ade satu label yang telah terlekat dikepala.

4. Air sedapppp. Jus oren Tesco memang wajib beli okeyyyyy.

5. Tisu jamban Scott atau Royal Gold yang cantek dan tebal dan mahal itu. Bukan untuk kegunaan jamban yer. Lebih jimat menggunakan tisu tersebut berbanding tisu kotak di musim bersin dan batuk ini.

6. Beg yang macam net. More like kotak pensel yang macam net. Selalu jumpa kat gerai2 yang menjual barangan siam. Tapi tatau lah, nengok je la kot2 ade kat dalam Tesco kan. Mende alah ni nak dibuat tempat letak berus gigi dan pencuci muka. Tensen dah, tah bape banyak kali dah ubat gigi+pencuci muka+berus gigi (pun???!!!) kena curik kat surau opis ni. Tensen weh. Tu belom masuk henpon lagi. Dan lip balm. Dan perfume. Sigh. Kat surau pun nak buat keje mencopet2 barang orang ni, kenapa?

7. Kasut. Tapi mungkin nengok2 saje. Sebab ade kasut yang sudah berkenan di Jusco AU2 - dan menyesal tak beli masa memula nampak dulu, sebab sekarang ni macam dah tak de je huuuu T.T

8. Shampoo yang ringan. Maksudnye, shampoo tu tak berat. Hahaha :P what I mean is that shampoo can be used frequently la. Oh, and I need to by the Polytar shampoo too. Yang kat rumah tu dah abis.

9. Jagung dalam tin! Ape tah satu brand jagung yang sedap nih... Green Giant kot. Sebab ade gambar gergasi ijau kat label dia.

Emm.. Tu je lah yang buleh nak pikir taim ni. Okes! Nak pergi makan free~~!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, September 24

One more request to populate my Metropolis, then I'm done.

lazy_daisy
Color by COLOURlovers

Siang tadi kembali ke opis setelah bercuti selama 3 hari (tak termasuk Sabtu Ahad k). Masa memula sampai, sungguh tidak ade mood langsung. Maklomlah yang ade tu majoritinye bukan geng kepala biol. Jadi, kebosanan la. Tak sabar nak tunggu minggu depan, bila semua orang dah balik dari cuti raya. Yabedabedu (sunnguh tak enthusiastic).

Berjaya jugak start berpuasa enam pada hari ini. Tapi macam tahpape, masa dinner banyak sungguh makan. Malu malu malu. Siang nanti insyaAllah puasa lagik. Dah sahur dah tadi, makan Cheezy Wedges dengan Popcorn Chicken KFC.

Kereta pulak dah di hantar servis, esok ni pulak nak pergi tukar tayar. Well, not me la yang pergi bengkel tu, tapi my minions wahahahahaha (gelak eeeeevil). Maklomlah, kalau dah taim2 cam ni baru nak masuk tido, camne nak senang bangun awal ye dak?

Okeh, Metropolis request has been done. Time to go.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, September 23

I Miss Him

I_Miss_Him
Color by COLOURlovers
His_Moleskin.
Color by COLOURlovers
His_Shirt.
Color by COLOURlovers
His_Wallpaper.
Color by COLOURlovers

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, September 21

Time To Love

In the mood for T.T.L. by T-Ara & Supernova
Time_To_Love_Again
Color by COLOURlovers

Gotta say currently I LOVE this song.


ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, September 20

Salam Aidilfitri 1430H

In the mood for recycle balik posts lama lagi sekali hahahahaha!!!
Eid_Mubarak
Color by COLOURlovers

To all my muslim blogreaders (yg insyaAllah cukup puasa tahun ni),


Side note:
I have many plans for this coming months before entering the new Hijriah year (which is about 3 Islamic months more including this month), InsyaAllah I will succeed. Will let you know when I do. Seriously, if I tell you now, there might not be any posts related to that in the future, ne?

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, September 11

Aku bukan Yoobin.

funny_:D
Color by COLOURlovers

Satu hari aku terjumpa sekeping foto lama. Besdey adekku. Aku sorang je pakai baju kurung kaler pink pudar kegemaranku. Dengan muka dan rambut yang busuk gila.

Uiks! Macam Yoobin! WTH?

Memula ingatkan aku je yang perasan. Rupenye adekku dua orang yang kat rumah ni pun cakap mende yang sama.

Ni yang tetibe je rase macam nak jadik kuruih la. Kot la kuruih nanti betul la nampak cam Yoobin kan. Kwakwakwa.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, September 10

Nyanyi2 dan kisah menyampah.

inaudible_melodies
Color by COLOURlovers

Tadi ade pertandingan nyanyi2 kat opis aku. Berjaya la stay kat situ dari awal acara sampai (dekat2 nak) abis - selalunye sebelom announce result aku dah chow.

Bukan la nak cite pasal pertandingan tu pun.

Serasa aku, setiap kali pergi menuntun pertandingan2 macam ni, aku terasa inclined to visualise myself being in the same event in the future. (Tadi sebenanye aku dah taip dalam BI, tapi sebab vocab tak power macam Yuses dan beberapa budak opis aku yang lain, so dah rephrase balik ayat di atas dalam BM plak.)

Siap la pikir plan.. nanti nak nyanyi lagu ape la.. nak kena prektis dari sekarang la..

Tapi tu semua hanya sekejap.

Tadi lepas pertandingan nyanyi2 tu #2 pun cakap, "Tahun depan jom duet nak?"

Haku pun hahaha je la. Takmo aku duet ngan dia. Bukan la nak cakap aku ni nyanyi lagi sedap dari dia pun... tapi aku ni payoh laa nak nyanyi duet kalu betul2 serius. Takley woo.. Takat duet kat karok je ok la. Dulu masa sekolah aku masuk koir pun, kalau ade je suara aku tak sampai not, aku rase tak beh.

Kisah menyampah kita cerita lain kali pulak ye.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, September 3

Disney/Marvel


Membuat palette sementara menunggu makanan hadam. Dang, I had a late heavy sahur, now I can't go to bed straight!

Theme: Disney/Marvel.
DisneyMarvel
Color by COLOURlovers
MickeyHulk
Color by COLOURlovers
MinnieWonder_Woman
Color by COLOURlovers
DonaldWolverine
Color by COLOURlovers
TiggerPsylocke
Color by COLOURlovers
GenieBeast
Color by COLOURlovers
NemoRogue
Color by COLOURlovers

Dah. Tu je. Nak tido.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Tuesday, September 1

Jangan Marah Marah

anger_management
Color by COLOURlovers

Sikit2 nak marah.
Pinggan tinggal,
  marah.
Cawan terlebih,
  marah.
Meja tak siapkan,
  marah.
Meja tak kemas,
  marah.
Kemas meja sorang2,
  marah.

Nanti banyak kedut,
 hati pun buleh jadi gelap,
  sebab
 asyik marah,
  marah,
 marah,
marah.

Lek la.
Orang macam depa,
marah pun tak guna.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, August 31

52

Kibar
Color by COLOURlovers

Hari ni genaplah (huh memang angka genap!) ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-52.

Hari ini juga saya cuti.

Yiiibaaaaa~!


Mari kita raikan dengan ayam percik atau ikan bakar di waktu berbuka puasa nanti.

Jangan lupa solat terawih, k!;-)


ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Friday, August 28

Mak Datin

In the mood for I Don't Care by 2NE1
divas__dweebs
Color by COLOURlovers

Datang awal je
        mengumpat
                mengumpat
                        mengumpat.
Tak de keje lain.
Kalau ade je kawan
        untuk mengumpat,
itu je lah keje dia.
Kalau takde kawan pulak,
        main IM je
        main emel fowed2 je
sambil2 buat2 busy.

Tapi
kalau datang lambat pun
        mengumpat
                mengumpat
                        mengumpat.

Itu je lah keje dia.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Berita Semalam.

Still in the mood for Abracadabra (Parody)
Newsflash,_b!tch
Color by COLOURlovers

Continuation from kisah bontot panas.

Kompem la sudah, mende yang budak red district itu cakap tidak benerrr sama sekali. Tapi kompem pasal cerita lain pulak, yang mana saya sebagai SuperJuniorrrrrrr eh salah super senior team saya akan menjadi budak yang kembali ke sekolah.

Not that I don't like it. I'm really looking forward to it.

Cuma... Bolehkah kapasiti otakku ini menanggung lebih input? Maklomlah dah tua, dan dah lama tak servis (contohnya dengan melakukan aktiviti pembelajaran atas talian yang dahulunya menjana pendapatan lebih dan sekarang tidak lagi).

Tak kisah la. Janji rock. <-- Cakap dengan style Jawa yach.

Oh-oh- sebelom terlupa (atau sengaja buat2 lupa, which takde pekdah pun in either way) nanti minggu depan aku ada anak didik baru. Gambatte! Hwaiting!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Kahak dan Kaviti.

In the mood for Abracadabra (Parody) by Dirty Eyed Girls yang sewel itew.
Cavity
Color by COLOURlovers

Dugaan bulan puasa: Sakit tekak tahap paranoia dan sakit gigi tahap badak Sumatera. Sekarang ni aku tengah mengalami dua2 sakit itu.

Adehhh!!!!!

Menyesal minum 7up yang sejuk dan sedap sehingga menjilat lubang idong lepas balik keje malam tadik. Huh.

Bak kata pepatah kami2 orang: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian kurang pendapatan.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Thursday, August 27

Échoués. Encore en vie. (Et je ne parle pas le français.)

Late_Night_Muffins
Color by COLOURlovers

Elok je pukul 12:15am minah ni abih duduk ngan aku. Terlepas bas. Kena tunggu sampai kol 1.

Masuk ni, dah kire 2 hours TIL yah! Bilakah patot aku ganti?

Tadi masa borak2 dengan budak sebelah kiri aku, ade la tersebut pasal minah yang duk tepi aku ni tadi cakap Hindi ngan boipren dia yang berada di opis sebelah sana (minah tu datang dari utara India, so yeah). So minah sebelah kiri aku ni (kita kasi nama dia Isabella k) pun cakap, alah I paham ape yg dia cakap (sebab Isabella ni toknenek dia orang Pakistani).

Jeles.


[Walaupun sebenanye buleh je nak paham kalau selaluuuu je layan Hindustan masa zaman kecik2 dulu.]

Then aku cakap la, sebenarnye (dan memang sebenar2nye) I have thoughts to learn new languages - Jerman, French, Arab dan Siam. Hah. Gempak dak? (Tang Arab tu no komen. Dulu masa sekolah tanak blaja betul2 huh.)

Bagus jugak kan kalau belajar bahse lain yang jarang2 orang kat area keliling kita ni tau. Lagi2 part mencarut wahahahaha! (Selalu je buat tu dalam Hangukmal. Orang sini nengok je cite Hanguk tapi kok bicaranya orak reti!)

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Wednesday, August 26

Awkward Awkward.

Awkward
Color by COLOURlovers

#2 dengan rakan2 suka-suki dia nak pergi buka puasa di KotakMerah, the Belok pada malam 31 Ogos ini. Kononnya pekej buka puasa+karok cuma RM45++ - ke lagi murah dari tu, tak ingat la. #2 berkobar2 nak pergi sana sejak malam semalam lagi.

Sekali hari ini si BontotBesar telah mengajukan soalan cepumas kepada #2 di depan #1.

Weh ko tak ajak #1 ke buka puasa sama Isnin depan?


#2 punya muka berubah dari ceria menjadi cuak.[Aku gelak sebab #2 dan #1 tak kamceng.]
Dan mengeluarkan kata2 bak keretapi pembawa arang dulu2, yang boleh dikompres menjadi

Well, tu kan ko punye idea, better ko je ajak.


KaKaKaKaKa. Ingat, itu ayat yang telah dikondens.

Rasenye #1 telah perasan kecuakan itu [sebab #1 pun tak kamceng dengan #2 gak, vice versa la kan] dan dengan cuaknye dia menjawab

Alah aku kerja la hari tu.


[Sebab dia jaga sistem. Sistem admin le konon2 tu.]

#2 hilang cuak di muka. KaKaKaKaKa.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Panas Bontot.

Sementara menunggu masuknya waktu Subuh bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan2 yang sewaktu dengannye.

Malam tadi masa aku nak pergi solat Asar, aku lalu la kat satu red-light district nih (sebab aku menyampah dengan orang2 yang berada di kawasan tersebut kecuali seorang saje yang sungguh kesian sebab AM dia telah merejek resignation dia tapi AM tu pulak yang resign lepas tuh. Jadi aku namakan kawasan itu kawasan lampu merah. Tak hengen aku lalu kat situ kalau tak de keje. Huh). Lalu kat situ saje2 la sebab nak menyakat budak yang sungguh kesian sebab AM dia telah merejek resignation dia tapi AM tu pulak yang resign lepas tuh tu.

Sekali seorang daripada masyarakat red district itu telah menegur aku. Dan (rasenye dengan tidak sengaja) menyampaikan berita mengejut. Em tak de la menyampaikan berita pun. More like bertanya dengan nada menyakat2 main2.

Siyes terkujat aku.
[Bukan terkujat sebab nada menyakat2 main2 tu ye kawan2.]

Sebab kalau betul la ape yg dia cakap tu, aku kena dengar dulu dari mulut #2 baru aku leh kompem ngan orang lain.

Kenapa minah ni tahu dulu dari aku? Kan dah blur. Tatau camne nak jawab tuh.

Bontot pun dah panas seh.

Tapi tanak lagi kon-depan dan kompem apa2 dengan #2. Takut harapan hatiku ingin hidup bahgia tetapi mengapa sering saja hati ini di dusta. Biar aku dengar sendiri dari #2.

Kalau cerita itu bes, akan aku taip di entry lain.

Kalau cerita itu tak bes, juga akan aku taip di entry lain.

Zi en.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sunday, August 23

Aduh.

Krup krap dub dab

[Sementara menunggu masa untuk turun ke dapur untuk masak hidangan berbuka puasa malam ini]

Hari ni masuk hari ke-dua berpuasa. Tapi aku rase macam tak puasa langsung. Bangun tido tadi badan sudah sakit2. Itu bahana tidak tido mengiring seperti yang disarankan oleh Ugama. Tetapi itu juga tandanya bontot aku sudah besarrrr gilerrr maka postur badan pun dah lain dari dua hari yang lalu. Itulah maksud aku dengan "macam tak puasa langsung".

Akibat makan banyak sebelom waktu tidur.

Padan muka.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Saturday, August 22

Menseret Fikiran.

In the mood for Heartbreaker by Jing-Yo

Rasanya Rabu baru ni, [dia] call aku. Hebat, call kat opis pulak tu. Masa aku (olok2) sibuk buat kerja. Rupanya nak ajak aku join ekspedisi [dia] di [opis baru dia]. Membuat makro itu semua. Konon la aku ni hebat sangat nak membuat makro untuk [opis baru dia] tuh, tapi dah [dia] rekemen aku baaaaikkk punya ([dia] claim cam tu la).

Tertarik.

Tapi pada malam itu (masih di opis ya) #2 telah menseret fikiran aku ke lorong career yang dia dah sediakan (agaknye la, aku hanggap dia ni pandai boast je selama ni pasal lorong ni). Kata2 manis bak gula, dengan ekspresi muka yang busuk macam selipar jepun adikku Fred.

[Sejak dia berambut busuk, muka dia pun jadi uber busuk. Dah tak hemsem, walaupun masih menjajah mimpi aku semalam.]

[Terhenti sekejap, membersehkan mekap. Lupa pulak, sebab selalunye taim buleh solat ni aku malas pakai mekap walau secalit penggaris mata pun.]

Balik je keje hari tu, aku pun mempertimbangkan kedua2nya (takde lah timbang dengan berat. Sikit2 dah).

Aku tak ready untuk meninggalkan opis aku tu walau macammana tahap stress pun aku kat situ. Sebab utama aku kompem tak ready ialah.. aku nye resume tak update2 lagi, lebih 5 tahun dah. Dan akaun JalanKerja punye password pun dah tak hengat langsung. Guna pulak email address yang dah invalid. Huh.

FAIL.

Nak kata aku tertarik dengan lorong career #2 itu, tak jugak. Sebab aku dapat merasakan dia dan orang di sekeliling dia agak biased. Dengan aku yang takde apa nak di offer berbanding perempuan cantek+outgoing+baik ngan #2 itu. Aku bukannye borak sangat pun pasal kerja dengan #2, selalunya Bleach+Naruto+Bloody Monday jadi topik utama. Tapi dengan perempuan cantek+outgoing+baik ngan #2 itu selalu saja dia ajak berborak, siap sesi satu-ke-satu pun boleh buat taim dinneh. So (kembali pada kisah biased itu), aku rasa la maybe dia cakap tu sebagai formality je, sebab aku dah SuperJuniorrrrrrr eh salah super senior kat team itu. Tah la. Aura negatif sungguh banyak (I'm blaming you FatCat! Hahahaha! Jyoudan dayou, gomen ne!)

Tapi keesokan hari di waktu aku masih lagi di alam dengkur, [dia] menghantar mesej:

Wes bgtau aku arini jugak ko nk ke x..if x aku tanye org lain sbb dept aku mmg nk org urgent

Dan aku pun merepli:

Kasi org lain dulu la. Resume aku x update.

Sambung krohh.

Agaknye sebab itu la #2 masuk mimpi aku semalam. Tanda mengucapkan tahniah karena fikiranku sudah terseret dan aku masih sudi menjadi minion dia.

Tapi aku tak kisah jadi minion dia. Sebab aku memang tabik dengan dia di opis. Walaupun tak hebat mana.

[#2, kalau ko ade singgah blog aku dan baca entry ni, sila tinggalkan komen ye. Sini je aku buleh kutuk ko kaw2 punye. Dan jangan adu pada goprenmu yang tinggi itu, takut2 nanti2 dia pun join sekali mengutuk di belakang.]

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Sementara menunggu waktu untuk bersahur.

WMP playin' Gossip Man by Jing-Yo

Blanks.
Not in my head. I have tonnes of ideas waiting to be let loose.
About this, that, those... anything, everything.

[Reviewing album G-Dragon buat kesekian kalinye.]


Blanks ini adalah notepad2 yang entah berapa kali aku taip taip taip dan delete. Atau taip taip taip dan tidak save.
Berapa banyak kali dah. Setiap kali kebosanan.
Atau ketika #2 tidak mahu melayan. Atau #2 sengaja buat2 sibuk. Mengalahkan Presiden Obama. Baiklah ditukar saja nama dia kepada Barrack R* atau J* Obama. (Tapi still takleh lawan nickname dia yang dengan rela hatinya menerima.)

Whatever it is, I have to get this one posted. Dah lama tak menaip. Ooops, salah. Dah lama tak post anything on this blog, walau beberapa idea (yang aku rasa seperti) sampah pun.

Konon la nak buat entry banyak2. Atau paling gampang pun buat puisi Hudson. Lagi gampang, letak lirik lagu. Rasenye ade kat post resolusi tahun ni - malas nak korek balik. Tapi las2 cuma benda2 tak de kaitan langsung, update saja di Twitter. Hah.

Jeles setiap kali singgah di blog2 kawan2ku di sebelah ni. Walau secebis idea pun boleh nak buat satu entry - aku ni, gabung banyak2 idea pun tak boleh nak buat satu ayat - eh boleh, tapi tu la, balik2 dilit.

Anyways.

Cerita ceriti. Tadi ade la pertandingan menari2 peringkat akhir dekat opisku. Bila nengok tuh, mula la terasa perasan aku ni boleh je menari lagik beh dari depa. Huh. Konon. Tapi hakikatnya (and I won't deny this) I do love to dance. Cuma dancing di dalam bilik sendiri tanpa mata2 melihat (saye agak konservatif yer, no dancing in public).

Tah la. Di kepala sudah keluar idea untuk membeli sebuat rumah kos rendah untuk duduk sendiri dan mentransform satu bilik kepada bilik jiggy with it. Letak cermin lebarrr di sepanjang satu side dinding rumah. Then, lepas balik keje dari shif orang gila ni, bole la membakar lemak dengan menari, dari menambahkan lemak duk depan leptop ni, menuntun bidio nari2 orang Koria.

Saje nak test adekah badan miseh limber walaupon berat dah super obese. Terkenang zaman sekolah dulu, mereka2 yang jeles mengatakan kaki aku pendek lah, bengkok kaki lah, dan banyak lagi, bila aku dapat membuat jangkauan melunjur dengan seluruh tapak tangan aku melepasi tapak kaki.

Tapi last time I checked, lepas buat badan bengkok ke belakang dan tangan mencecah tanah, terus sakit2 belakang.

Kurang kalsium.

....

Kembali kepada cerita blanks. Aku rase masalah besar aku ialah... most of my entries musti panjang2 baru siokk. Agaknye lah kan, sebab bila dah taip panjang2, lepas tu pergi makan, minum, berborak dan berjamban, terasa seperti dah basi apa yang dah ditaip tu. Hah. Ape lagi. Dilit dilit dilit. Senang pangkah je terus.

Kena sort out the things in my head. Baru boleh buat entry banyak, kehkehkeh.

Off to the next entry!

Oh. Sebelom lupa.

Dah masuk bulan puasa ni. Selamat berpuasa everyone!

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy

Monday, July 27

Saya Ingin Menegur Dengan Baik..

As a Muslimah, I admit I am not a good one, nor a good example to anyone who'd like to embrace Islam. I rarely mengaji, seldomly solat on time, not covering my aurat 100%, mengumpat tak hengat, watch shows which has provocative moves/dances/lyrics/whatevers; the list goes on and on.

But as a Muslimah, there are several things that I really can't tolerate people doing the following:
1. Not performing their solat rituals at all, or just doing it when they feel like it;
2. Making fun of ayat Qur'an;
3. Making fun of Kalimah Syahadah;
4. Not fasting in the month of Ramadhan;
5. Making fun of other people who actually follow the way of Islam;
6. Dalam surat beranak/IC tulis Islam, but hidup macam bukan Islam.


The sad part of this is, I'm not a person who'd tell off people of that sort not to do that. I'm really a passive person, me. Maybe I don't like to offend people (more like tanak carik gaduh) especially with my good friends.

But there's a saying (sabda Rasulullah SAW):
Siapa saja diantara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika ia tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah selemah-lemahnya iman.


So, dengan selemah-lemah imanku ini, I'd like to advise all my visitors here to prepare yourself for the future. You wouldn't know for how much longer you'll live. You might be facing a stroke tomorrow and leave the world on the next day, na'uzubillah.

Ade orang kata, Allah jadikan neraka itu untuk orang Islam, yang mana bahan bakarnya adalah dari orang kafir. Wallahua'lam.

Justeru, dengan itu, in this holy month of Syaaban, let us all together improve ourselves. Tampal mana yang berlubang, tambah mana yang kurang.

What triggers me to type this was, there's this YT link posted by an FB 'friend' of mine. The vid was made for fun (so to speak) but IMHO it really made fun of the Kalimah Syahadah. It might be funny for them, but very insulting for me. It really shows the level of iman kids nowadays -and that friend of mine- have. And it shows how weak I am.

Itu saje muhosobah diri pada hari ini.

ThE DeaTh aNd ThE StRaWBeRRy